RSS

RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI AHMAD ALBAB


( Satu Kek Bulat )-kena buat 6 kaler yang berlainan- cam pelangi

Bahan2

2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)

1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus

5 biji telur ayam (gred B boleh , lebih elok A lah)

250gm butter

550gm buttercream (beli kat kedai jual bahan buat kek)

Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren, )

2 sudu kecil esen vanilla

1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah banyak mana sebab untuk kurangkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)

Sprinkle Star/Beads/m&m sebagai hiasan pada cream kek(ikut suka)

cara2

1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.

3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.

4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.

5. Setelah siapkan untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.

6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.

7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.

8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi menjadi rata dikeseluruhan kek

9. Hias mengikut suka anda.

Hoyey dah siap!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asparagus Cendawan Goreng Belacan

bahan2

400 gm asparagus muda- dipotong ikut suka

2-3 biji bawang putih (ditumbuk)

2 tangkai cili padi(ditumbuk)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil nampla/sos ikan(jika ada, xde pun xper)

1 tin cendawan(dipotong)

sedikit garam

minyak utk menumis

sedikit udang kering(ditumbuk)

sedikit belacan

Cara2

  1. Panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan asparagus & cendawan..
  3. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

masa penyediaan:

anggaran 10 minit sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketam Masak Cili Padi Albab


Bahan2
4 ekor ketam (bersihkan dan dipotong 2 bahagian)
*ketuk sedikit bahagian kaki ketam supaya mudah dikopek & kuah mudah meresap
1 kotak besar santan pekat
6 biji cili padi hijau
3 btg serai
2 keping daun kunyit
1 biji kunyit sebesar hidup sebesar ibu jari
(jika kurang kuning tambahkan sedikit serbuk kunyit sedikit garam dan gula
*sedikit minyak untuk menumis

Cara2

Step 1
-bersihkan ketam dan ketepikan.
-tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
-masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
-masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
-masukkan ketam dalam periuk.
-kecilkan api(sederhana)

Step2
-kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ketam hingga ketam masak (kulit menjadi kemerah merahan) utk elak santan pecah.
-masukan garam secukup rasa.
-Sedia dihidang dengan nasi panas...... done!

masa penyediaan:

15-20 minit sahaja

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS