RSS

RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI AHMAD ALBAB


( Satu Kek Bulat )-kena buat 6 kaler yang berlainan- cam pelangi

Bahan2

2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)

1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus

5 biji telur ayam (gred B boleh , lebih elok A lah)

250gm butter

550gm buttercream (beli kat kedai jual bahan buat kek)

Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren, )

2 sudu kecil esen vanilla

1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah banyak mana sebab untuk kurangkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)

Sprinkle Star/Beads/m&m sebagai hiasan pada cream kek(ikut suka)

cara2

1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.

3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.

4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.

5. Setelah siapkan untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.

6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.

7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.

8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi menjadi rata dikeseluruhan kek

9. Hias mengikut suka anda.

Hoyey dah siap!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Asparagus Cendawan Goreng Belacan

bahan2

400 gm asparagus muda- dipotong ikut suka

2-3 biji bawang putih (ditumbuk)

2 tangkai cili padi(ditumbuk)

1 sudu besar sos tiram

1 sudu kecil nampla/sos ikan(jika ada, xde pun xper)

1 tin cendawan(dipotong)

sedikit garam

minyak utk menumis

sedikit udang kering(ditumbuk)

sedikit belacan

Cara2

  1. Panaskan minyak tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan asparagus & cendawan..
  3. Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

masa penyediaan:

anggaran 10 minit sahaja.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketam Masak Cili Padi Albab


Bahan2
4 ekor ketam (bersihkan dan dipotong 2 bahagian)
*ketuk sedikit bahagian kaki ketam supaya mudah dikopek & kuah mudah meresap
1 kotak besar santan pekat
6 biji cili padi hijau
3 btg serai
2 keping daun kunyit
1 biji kunyit sebesar hidup sebesar ibu jari
(jika kurang kuning tambahkan sedikit serbuk kunyit sedikit garam dan gula
*sedikit minyak untuk menumis

Cara2

Step 1
-bersihkan ketam dan ketepikan.
-tumbuk lumat cili api dan kunyit hidup.
-masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi dan serai beserta santan ke dalam periuk.
-masak atas api sederhana sampai menggelegak. kacau selalu untuk elak santan pecah.
-masukkan ketam dalam periuk.
-kecilkan api(sederhana)

Step2
-kerap simbah kuah perlahan2 ke atas ketam hingga ketam masak (kulit menjadi kemerah merahan) utk elak santan pecah.
-masukan garam secukup rasa.
-Sedia dihidang dengan nasi panas...... done!

masa penyediaan:

15-20 minit sahaja

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Salad Sihat Dengan Buah2an


Bahan2 :
3 keping salad hijau
3 keping salad purple
1/2 Timun dipotong kecil
6 biji tomato kecil(mini tomato)
5 biji buah strawberry
mayonis buah
cream kuning (jika ada)

Cara2nya

step 1:
masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. gaulkan mayonis sekadarnya menyaluti sayuran dan sosej. sesuaikan rasa masam dan masin dengan jus limau / lemon serta garam.

step 2:
Simpan dalam peti sejuk untuk seketika dan hidangkan.

Khasiat :

Hidangan ini amat sesuai untuk diet kerana mengandungi antioksida yang tinggi dan wajah lebih awet muda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Puding Roti & Kuah Kastard dan Ice Cream


Bahan2:
A:
500 ml susu segar/fresh milk ( separuh kotak)
8 keping roti (brand ikut suka)
2 sudu besar kismis hitam atau buah2an ikut suka.

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter /majerin (x kisah ikut stok kat umah)
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung


Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar tepungkastad
2 sudu besar gula
1 tin buah2an

CARA:
Step 1:
Koyakkan roti dan susun dalam loyang.
Cairkan semua bahan B bersama susu,
gaul rata tuang rendam roti dalam bahan B selama 1/2 jam.
Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang.
Biarkan sementara 20 minit.

Step 2:
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.

Step 3 (sos kastard):
Panaskan & gaulkan semua bahan dalam api sederhana.

Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Cadangan:
Sos Kastad boleh juga di gantikan dgn Ice cream coklat/vanilla dan sebagainya..
ataupun cream coklat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Roti Gulong Sosej & Cheese








(Hidangan 3 orang makan)
Bahan2 :
10 keping roti (digiling bagi leper)
10 keping cheese
10 keping Sosej (xkisah la ayam or daging)
5 Biji Telur ( dipukul bersama sedikit garam & lada sulah/black paper)
Mayonis
Minyak untuk mengoreng

Cara2 nak masak :
Step 1:
gelek roti dengan rolling pin hingga padat...letak cheese dan sosej 7 sapukan mayonis...gulung kemas dan sapukan hujungnya dengan telur (telur pukul dengan sedikit garam, Lada sulah/black paper)...supaya ia melekat kemas...

Step 2:
Kemudian celupkan keseluruhan roti sosej yang dah digulung tadi ke dalam telur

Step 3:
Masukan dalam kuali. pastikan minyak panas.Goreng hingga kekuning.

Masa penyediaan : 20 minit

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS